Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Impian setiap umat muslim pastilah ingin menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan husnul khatima. Dalam Islam, husnul khotimah bermaksud keadaan dimana manusia meninggal dalam cara terbaik dan memperoleh kemulian di sisi Allah Ta’ala.

Baru-baru ini, terdapat satu video tular memaparkan pemergian seorang lelaki dipercayai ketika sedang duduk membaca kitab suci Al-Quran.

Detik-detik akhir ketika baca Al-Quran

Menerusi video yang dikongsikan pemilik akaun Instagram bernama Abdul Lateef Khaled, dapat diperhatikan seorang lelaki uzur sedang membaca Al-Quran sebelum tiba-tiba rebah.

Difahamkan, arwah dikenali sebagai Hajj Khamis Yahya, daripada Khalil, Palestin, masih sempat terkumat-kamit membaca Al-Quran sebelum tumbang dalam keadaan masih terduduk di atas kerusi.

Cukup indah pemergian insan ini, Allah menarik nyawa ketika sedang dalam beribadat dan bersujud kepada Allah. Semoga husnul khatimah miliknya.

Apa kata anda? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber : Abdul Lateef Khaled  Via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *