Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak semalam tular di media sosial Twitter dakwaan seorang influencer Vietnam dikenali sebagai Jade, yang kesal apabila babak melibatkan dirinya di dalam sebuah video muzik dipotong gara-gara sikap cemburu isteri vokalis terlibat.

Walaupun Jade tidak menyatakan nama vokalis dan isterinya, namun warga Twitter mengaitkan bebenang ditulis model kacukan Jerman – Vietnam itu ditujukan kepada Akim dan Stacy.

Menerusi bebenang tersebut Jade yang juga seorang model itu berkata, dia terkejut apabila pihak produksi memberitahu semua babak melibat dirinya terpaksa dibuang kerana isteri vokalis tersebut tidak menyukainya.

Melalui halaman twitter influencer terbabit, satu video durasi pendek dengan kapsyen:

“Sorry I’m shaking because I’m so mad. This is the guy who was in charge of the mv. Also look at the dates. Jealousy was mentioned in a call so it’s not in the messages. I know a couple of you will say that this doesn’t proof anything. Well, I will talk about it more”

https://twitter.com/jadeyanh/status/1357617792942563328

Juga, terdapat luahan daripada influencer yang mengatakan bayaran tak cantik:

“Ya mereka bayar saya. Saya tak pernah bagitau yang saya marah atau sedih mengenai situasi tersebut. Saya hanya bercakap. Tapi ya saya lebih ke arah marah kerana kumpulan yang bekerja pada hari tersebut letak tenaga yang banyak dalam menyiapkan MV tersebut. Itu saja. Kamu semua buat ni smua sebab bayaran tak cantik.”

Bagaimanapun bebenang tersebut telah menarik perhatian Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret dan bertindak membalasnya.

“Pandai eh dik? Siapa yang kecewa sangat ni?,” tulisnya.

Dalam pada itu Akim turut membuat penjelasan di akaun peribadi Twitternya mengenai dakwaan yang dibuat Jade.

Akim berkata lagu Rampas didedikasikan khas buat allahyarham ibunya dan berasakan muzik video tersebut tidak sesuai untuk dikeluarkan.

“Rampas tu, tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang, ibu aku. Dengan MV yang pada aku agak sensitif dan keterlaluan, aku rasa tak sesuai untuk aku keluarkan. Jadi aku ambik keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua.

“Termasuk keluarga aku anak-anak aku, cikgu aku, kawan ayah aku, kawan ibu aku, kawan-kawan aku, sebab aku masih berpegang pada adat dan budaya timur aku, sebab aku…. Anak Ahmad….

“Aku dah kehilangan ibu aku, kalau aku keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang asia macam aku ni, apa pulak pandangan kekecewaan yang akan aku dapat dari ayah aku?

Aku tak nak kecewakan ayah dan keluarga,” jelas Akim.

Akim mengakui jalan cerita untuk muzik video tersebut memang sudah diberitahu sebelum penggambaran tetapi selepas diedit dia mendapati jalan cerita tidak sesuai dengan maksud lagu.

“Iye betul, tapi jalan cerita MV tu yang diberitahu masa hari penggambaran MV tu. Jadi bila dah edit, rasa tak kena jalan cerita dengan maksud lagu. Jadi aku mintaklah untuk keluarkan scene-scene yang tak kena,” tulis Akim menjawab pertanyaan seorang warga Twitter.

Dalam pada itu Akim turut berang kerana kontroversi ini berlaku pada hari ulang tahun perkahwinannya.

“Hari ni anniversary aku, kau kacau family aku? Kau rasa kau siapa sial?”, tulisnya berang.

Tambah Akim lagi, jalan cerita muzik video Rampas juga sudah dibincang tetapi kononnya atas nama ‘seni’ idea yang dirasakan kurang sesuai itu tetap diteruskan pihak tertentu (tidak dinyatakan).

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *