Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Keji dan tidak berperikemanusiaan. Seorang lelaki didakwa menghempas seekor kucing yang berada di atas sebuah kereta.

Menurut Kelab Pencinta Kucing Malaysia, insiden berkenaan didakwa berlaku berlaku pagi semalam (21 September) di Setapak, Kuala Lumpur, kelihatan seekor kucing putih bertompok duduk di atas bonet hadapan sebuah kereta Honda.

Dalam rakaman CCTV dikongsikan kelab itu, muncul seorang lelaki dipercayai pemilik kereta berkenaan mengangkat haiwan tersebut dan menghempasnya ke lantai dengan kuat sebelum memandu pergi.

Susulan itu, menurut Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing berkenaan menderita kecederaan sehingga menyebabkannya menghadapi masalah pembuangan najis.

“Kongsi sampai dapat. Kucing sampai mengalami pendarahan dan masalah pembuangan najis,” tulis laman berkenaan.

Susulan daripada kejadian tersebut, menerusi Facebook rasmi Persatuan Haiwan Malaysia mendedahkan keadaan terkini kucing tersebut selepas  didakwa dihempas oleh seorang lelaki.

Ini keadaan terkini kucing tersebut.

Bagaimanapun, kucing ini dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Klinik Veterinar untuk menerima rawatan selanjutnya. Semoga keadilan dapat diberikan kepada Kucing Setapak.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *