Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Nama Abu Syafiq semakin hangat diperkatakan di Malaysia. Bermula dengan kisah yang dikaitkan dengan Ust Ebit Lew,dia kemudiannya dilihat sibuk berbalas posting di IG berkenaan Naj1b Razak & isu perletakan jawatan Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah.

Semalam, Abu Syafiq dilihat hang4t berbalas posting dengan Dr.Maza dengan caption “Hepy sungguh MAZA mufti wilayah baru berjoget. Letih melobi ke?”

Namun apa yang menjadi isu hangat dalam kalangan netizen pada hari ini ialah apabila dia memuat naik satu posting seakan meminta untuk menukar Menteri Agama dan Timbalan Menteri Agama Malaysia sekarang.

Kata kawan..ramai berpandangan Menteri Agama pun perlu diganti. Termasuk timbalannya” tulisnya

Tidak pasti apakah sebab dia menulis sedemikian namun pastinya ia ditujukan kepada Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan timbalannya sekarang iaitu YB Ahmad Marzuk Shaary.

Terdahulu, Abu Syafiq dikatakan ingin bertanding di Parlimen Jerlun & Langkawi

Ini berikutan suasana politik Kedah kembali h4ngat susulan Mukhriz Mahathir hilang kep3rcayaan menyaksikan kerajaan PH pimpinan anak bekas Perdana Menteri itu jatuh.

Pelbagai pihak tampil memberi ulasan mengenai suasan politik Kedah termasuk pendakwah bebas Abu Syafiq.

Menurut Abu Syafiq, dia sanggup menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Jerlun dan Langkawi. Umum mengetahui kedua-dua kawasan parlimen tersebut merupakan kubu kuat Mukhriz dan bapanya Tun Mahathir

“Parlimen Jerlun dan Parlimen Langkawi dah boleh buat PRK dah. Sebab ramai dah t0lak DAP. Insya Allah saya akan bertanding di kedua-dua kerusi tuh if ok.”tulisnya.

Sumber : IG Abu Syafiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *