Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Baru hari pertama langkah berjaga-jaga yang disarankan oleh kerajaan dikuatkuasa bagi membendung Covid-19 dari terus menular, sudah ramai yang mengingkarinya.

Lihat sahaja beberapa hantaran di media sosial menunjukkan orang ramai masih keluar ke tempat tumpuan ramai dan berpusu-pusu unutk pulang ke kampung.

Hal itu bukan sahaja mengundang risiko Covid-19 dari terus merebak, malahan akan menjadikan perkara ini lebih serius sehingga membawa kepada kematian lebih ramai orang.

Jangan nak keluar je

Jadi, menerusi satu muat naik di Facebook seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital swasta di Penang, dia telah memberi pesanan dan bergambar bersama seragam hospital dengan meminta orang ramai kekal di rumah.

Tolonglah sama2 ikut arahan

Menerusi posting yang telah pun menerima lebih 4,000 tanda suka di Facebook itu, Dr Gee Teak Sheng memberitahu bahawa mereka (petugas kesihatan) masih bertugas demi orang awam, jadi sebagai individu rasional, dia meminta semua duduk sahaja di rumah.

Umum sedia maklum bahawa insan-insan paling sibuk ketika ini adalah mereka yang bertugas dalam sektor perubatan kerana sedang bertungkus-lumus melawan Covid-19.

Oleh itu, mereka berharap semua rakyat Malaysia mengikuti arahan kerana risiko wabak ini menular sangat tinggi jika masih ramai yang ingkar dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Harap semua jaga keselamatan & kesihatan masing2

Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh doktor dari Hospital Pantai Penang itu, rata-rata warganet telah meninggalkan respon yang pelbagai.

Kebanyakkan mereka mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkorban masa dan tenaga demi membendung wabak maut ini. Mereka juga berharap agar petugas kesihatan turut sama menjaga diri masing-masing agar kekal sihat dan terhindar dari Covid-19.

Betul tu..kesian Doktor , nurse dan para petugas

Penat dorang bekerja siang dan malam

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *