Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @zielawilhelmina sempena hari ulang tahunnya.

Sewaktu ingin masuk ke dalam kereta, suaminya iaitu Shah menyuruh wanita yang lengkap berpakaian serba kuning itu supaya mengambil sejenis barang di bahagian bonet kereta.

Gigih bagi surprise istimewa…tapi isteri selamba kata tak cukup

Meskipun mengeluh pada awalnya, namun Ziela terus melemparkan senyuman terhadap lelaki tersebut kerana rupa-rupanya ada kejutan berupa jambangan wang bunga yang terdapat dalam kenderaan tersebut.

Namun apa yang lucunya, dia telah mengadu bahawa jumlah wang yang diberikan itu masih belum cukup buatnya.

Nak buat kejutan tapi suami pula yang terkejut…sekali pandang pun dia sempat kira duit tu

Sebaik mendengar ayat tersebut, Shah terus membuat reaksi muka yang agak menjengkelkan serta menegurnya kembali. .

Di samping terhibur dengan dialog terakhir Ziela, rata-rata netizen turut berseloroh bahawa husband yang terkejut lebih dari wife.

 

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber: TikTok zielawilhelmina via Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *