Rebecca Nur Islam Cerita Bermimpi Bertemu Dengan Siti Sarah Berpakaian Putih, Tersenyum Tanpa Bicara

Pemergian penyanyi tersohor tanah air, Siti Sarah Raissuddin hari ini cukup terkesan kepada ramai pihak termasuk rakan artis, Rebecca Nur Islam.

Melalui siaran langsung Astro Awani di acara pengebumian Allahyarhamah Siti Sarah tadi, Rebecca turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada arw4h.

Dia mengaku tak pernah rapat pun dengan Allahyarhamah, hanya berjumpa di majlis-majlis dan jauh sekali nak bertukar nombor sebelum dia sekeluarga tertular w4bak C0vid-19 kira-kira dua bulan lalu.

Rebecca sekeluarga, seramai 17 orang didapati positif, manakala suaminya ketika itu dalam keadaan yang agak kritik4l sehingga diraw4t di Unit Rawatan Rapi (IC U).

Menurut Rebecca, Siti Sarah yang kemudiannya mendapat berita ini terus berusaha mendapatkan nombor telefonnya untuk bertanya khabar.

Rebecca yang ketika itu tidak mampu bersuara kerana batuk yang t3ruk hanya mampu berhubung melalui WhatsApp dan turut difahami oleh arw4h.

“Allahyarhamah sangat baik, tanya makan ubat apa, dia siap perkenalkan doktor dia kepada saya,” kata Rebecca kepada Astro Awani.

Semenjak tahu keadaan kesihatan Siti Sarah, Rebecca mengaku tak lena tidur dan sentiasa mengikuti perkembangan Allahyarhamah.

Kata Rebecca lagi, dua hari lalu dia termimpikan Siti Sarah yang datang berjumpanya pada jam 3.30 pagi dengan berpakaian putih dan hanya tersenyum tanpa bicara.

Apabila mendapat tahu pem3rgian Allahyarhamah Siti Sarah pada jam 5.13 pagi tadi melalui akaun sosial media Shuib Sepahtu, Rebecca turut rasa kehil4ngan dan tampil memberi penghormatan terakhir hari ini.

Rebecca yang juga baru sahaja sembuh dari j4ngkitan wab4k C0vid-19 turut berpes4n kepada orang ramai agar menjaga diri dan keluarga.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Facebook Astro Awani, Instagram Rebecca Nur Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *