Perjalanan rentas negeri hanya melibatkan satu hala dan bukannya untuk pulang ke kampung untuk berbuka dan sebagainya, setelah itu kembali semula ke bandar, menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menurut beliau, perjalanan rentas negeri hanya untuk tujuan bekerja sahaja dan setiap individu perlu mendapat surat dari syarikat atau jabatan masing-masing.
Mereka kemudiannya perlu mengemukakan kepada pihak berkuasa di dalam sekatan jalan raya jika diminta berbuat demikian, kata Ismail Sabri.
Melalui aplikasi Gerak Malaysia, perjalanan rentas negeri telah bermula semalam(7 Mei 2020) sehingga Ahad (10 Mei 2020) bagi membolehkan orang ramai yang terkandas membuat perjalanan merentas negeri untuk kembali ke kediaman masing-masing.
Jom lihat video dibawah:
Sidang media perkembangan terkini PKPB | 8 Mei 2020
[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini berkenaan PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei 2020
Dikirim oleh Bernama TV pada Kamis, 07 Mei 2020
Jom lihat apa kata netizen:
Lepas pkp nanti boleh jumpa lagi mak ayah kalau panjang umur
Diaorang buat ni untuk jaga mak ayah kita juga
Harap kita akur, jangan ambil kesempatan balik kampung
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih
Sumber: Siakap keli