Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima panggilan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istana Negara, hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook berkata, perbualan telefon secara peribadi selama 30 minit yang bermula jam 4 petang itu menyaksikan kedua-dua pemimpin menumpukan perbincangan dalam menangani cabaran COVID-19 di antara kedua-dua negara.

“Dua pemimpin ini turut berbincang mengenai langkah memperkasakan hubungan dua hala yang sedia ada selain meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

“Ia merupakan perbincangan julung kali di antara Sultan Abdullah dan Erdogan menerusi perbualan telefon,” katanya.

Istana Negara turut menyatakan, Sultan Abdullah sepatutnya mengadakan Lawatan Negara ke Turki selama lima hari, bermula 19 April namun lawatan berkenaan ditangguhkan berikutan penularan COVID-19.

1 Jun 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni…

Dikirim oleh Istana Negara pada Senin, 01 Juni 2020

Baginda pada 18 Disember 2019, berkenan menerima kunjungan hormat Erdogan di Istana Negara sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Kunjungan itu adalah yang pertama bagi Erdogan sejak Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada Januari tahun lalu dan dalam pertemuan yang berlangsung 30 minit itu, antara lainnya kedua-dua pemimpin membincang mengenai keperluan bagi sektor swasta di kedua-dua negara memainkan peranan lebih aktif meneroka peluang perdagangan serta pelaburan di Malaysia dan Turki.

Sultan Abdullah turut menggalakkan dan mempelawa sektor swasta Turki untuk melabur di Malaysia, terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Turki ketika ini adalah rakan dagangan Malaysia ketiga terbesar dari Asia Barat, manakala Malaysia rakan adalah dagangan terbesar di negara ASEAN bagi Turki.

Dari Januari sehingga Julai 2019, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencatat RM5.22 bilion dan nilai eksport Malaysia mencecah RM4.24 bilion, manakala import dari Turki RM0.98 bilion.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *