Demi Rezeki Halal, Netizen Terharu Lihat Kegigihan Abang Food Panda Hantar Makanan Guna Basikal
Ketika ini, sudah pasti ramai yang terkesan dengan pendemik yang berlaku di seluruh dunia. Banyak pekerja yang telah kehilangan pekerjaan berikutan sektor ekonomi yang dilihat agak menurun kerana wabak yang melanda.
Oleh sebab itu, pelbagai inisiatif yang dilakukan untuk mendapatkan mata pencarian buat diri serta keluarga.
Penghantar makanan berbasikal
Susulan daripada hal tersebut, satu gambar seorang penghantar makanan yang menaiki basikal telah tular di media sosial sejak pagi tadi.
Kelihatan penghantar makanan tersebut gigih mengayuh basikal dipercayai sedang menghantar pesanan makanan yang ditempah oleh pelanggan.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan
Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Facebook Negeri Sembilan Kini, ramai warganet telah meninggalkan komen diruangan tersebut.
Rata-ratanya memaklumkan bahawa gambar tersebut adalah bukti bahawa ramai lagi yang berusaha untuk mencari pekerjaan halal. Mereka juga mendoakan agar rezeki anak muda itu dipermudahkan dan terus gigih mencari rezeki.
Semoga Allah murahkan rezeki dia
Semoga terus kuat demi rezeki halal
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih
Sumber: Borak Daily