Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Beberapa hari yang lalu pelakon Elly Mazlein telah selamat berkahwin dengan jejaka pilihannya yang merupakan seorang cikgu berasal dari Kelantan, Mohamad Azlan.

Majlis perkahwinan Kak Lina PomPom sangat meriah dan mewah menerusi foto foto yang dimuat naik menerusi Instagramnya dan rakan rakan artis yang lain.

Tidak kurang hebatnya apabila beberapa artis diberikan tanggungjawab untuk menjadi pembawa dulang atau pengiring pengantin di majlis yang cukup berbahagia itu. Antara artis yang menjadi tumpuan sudah pasti pelakon cantik manis Rita Rudaini.

Rita nampak sangat manis dan cantik mengenakan baju berwarna ungu muda. Dia yang turut memuat naik gambar bersama rakan perngiring yang lain di IG dan mendapat pujian dari para peminatnya.

Wahh cantiknyeee

Lawa tak tau nak habaq lagu mana

Lawa yakmat

Diantara komen pujian, terseIit juga pertanyaan serta doa supaya Rita juga akan dapat bertemu jodoh yang baik suatu masa nanti.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Rita dengan ringkas menjawab tidak mahu!

Wah, pendek dan yakin. Mungkin selepas dua kegagaIan rumah tangganya yang lalu membuatkan Rita serik untuk berkahwin lagi. Tambah lagi perkahwinan kedua berlaku pelbagai kontroversi yang terpaksa dilaluinya bersama anak-anak.

Rita sememangnya seorang ibu dan wanita yang sangat berdikari dan mampu untuk berdiri sendiri. Dia juga mempunyai dua orang anak lelaki yang mampu menjadi pelindung kepadanya suatu hari nanti.

Apa-apa pun admin doakan yang terbaik buat Rita sekeluarga. Ramai yang sayang dan ambil tahu tentang perkembangan Rita.

Apa kata anda? Dah baca jangan lupa share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram Rita Rudaini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *