Viral

Video Lawak Pemuda Terlebih Tebar Roti Canai Sehingga Tersangkut Atas Kipas

Mungkin nampak senang, hakikatnya penyediaan roti canai bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, teknik tebaran juga boleh menentukan kesedapan hidangan itu sendiri.

Kalau tersalah cara menebarnya, tak mustahil akan berlaku insiden melucukan seperti dialami oleh pemuda ini.

Terlebih tebar roti canai sampai tersangkut kat kipas..

Baru-baru ini, video kehebatan aksi penebar roti canai di sebuah gerai telah mencuri perhatian ramai. Menerusi rakaman berdurasi seminit itu, menyaksikan pemuda berkenaan sedang ligat menunjukkan bakat menebar roti canai sebelum menerbangkannya.

Namun siapa sangka, suasana bertukar kecoh apabila hidangan tersebut melayang tinggi dan tersangkut di atas kipas siling.

 

Bertambah melucukan lagi apabila roti canai itu langsung tidak jatuh, sebaliknya ikut berpusing di atas kipas tersebut.

Selain si perakam, kejadian tidak disangka-sangka itu turut mengundang tawa  beberapa pekerja dan pelanggan di premis berkenaan.

Meraih lebih satu juta tontonan sejak dikongsikan kepada umum, rakaman yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu turut dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Di samping terhibur menyaksikan respon spontan lelaki berkenaan, rata-rata mereka berseloroh mengenai tragedi ‘roti canai terbang’ itu.

Ini antara komen netizen di TikTok.

Kipas pun nak buat roti canai…

Baru betul roti terbang

Koyak member. HAHAHAHA

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber : TikTok jackjibril via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *