Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Umum mengetahui mengenai kemelut yang melanda antara pelakon, jelita Rita Rudaini dan bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan yang didakwa tidak membayar nafkah anak.

Pergolakan yang terjadi tidak berakhir di situ apabila pelakon tersebut terus membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh bintang bola sepak berkenaan.

Terbaru, menerusi Astro Gempak, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi satu video temu bual mendedahkan Aidil pernah datang ke rumah dan tidur bersama anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Kisah benar, saya tak menipu

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar itu menegaskan dia terpaksa membuka cerita bagi mengelakan dirinya difitnah oleh pihak lain.

“Kalau saya tak bersyukur, saya dah minta macam-macam dekat dia. Minta duit sekolah, duit hari lahir anak, duit beli laptop. RM1500 sekarang lepas ke beli laptop? tak lepas pun,” ujarnya dalam video itu.

Selain itu, dia juga berkata ada segelintir individu menuduh dirinya tidak memberi peluang kepada bekas isteri untuk bertemu dengan anak-anak.

Namun, pelakon filem Kerana Korona itu menyangkal dakwaan tersebut dan berkata dia pernah memberi Aidil bertemu bersama anak selama seminggu selain turut masak untuk makan bersama.

Menerusi ruangan komen, Rita juga menjelaskan dia tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai ini kerana perkara tersebut merupakan rahsia antara dia dan bekas suaminya.

“Siap masak bagi ayah dan anak makan bersama-sama. So apa lagi? Haish, sebenarnya tak mahu cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fitnah kan. So inilah kisahnya,” balasnya di komen.

Justeru, ibu tunggal itu percaya Allah SWT akan melindungi sesiapa yang bercakap benar dan orang yang teraniaya selain percaya bahagian yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap hambaNya.

Sumber: Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *