Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR: Pelawak ataupun lebih dikenali dengan panggilan Man Raja Lawak berkongsi sepotong video di laman Instagram miliknya menyatakan inilah rutin setiap pagi sebelum si isteri pergi ke kerja. Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim dilihat menyolek wajah suri hatinya dengan penuh kasih sayang sambil kedua-duanya berbicara isu kehidupan. Jelasnya, dia belajar teknik solekan daripada jurusolek terkenal dan diaplikasikan buat isteri tercinta.

“Assalam JUMAAT yg barokah kengkawan…sowy ar bideo terbalik..ini jer ade..rutin setiap pagiku..cantik kan isteri sebelum gi keje..ok ar tu belajar sikit2 dlu ngan sifu @epie_temerloh bukan tuk owg lain..tuk isteri tercinta dunia akhirat syg sampai kiamat..10 minit jer pun,” kongsinya.

Terharu dengan perkongsiannya, netizen memberikan reaksi. Jom lihat Video Dibawah:

Sekadar makluman, Man dan isteri, Azlina binti Awalludin berkahwin pada 28hb dec 2003 dan dikurniakan dua anak, Putri Nurdarina, 15 dan Abdul Danish,13.

Jom Lihat apa kata netizen:

Cantik laa… Pehh mmg terbaik.. Simple tp ada Seri. Kira selama ni abg yg buat kn ke.

Harap bini aku tak tengok ni. Puas pulak lah nak tolong make up kan nanti 

kening tu halus sgt abg man buat…apapn thniah abg man utk isteri trcinta kan

Steady la abam man. Bkn pelawak biasa. Humble n hati baik 👍 moga lepasni karier naik jgn turun balik

Nk share dgn cik somi..sekali sekala somi makeup kan fuhh bahagia rse.

 baek aa bang man semoga diberi rezeki berlimpah ruahh kesihatan berpanjangan amin

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Foto : Instagram Man Raja Lawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *