Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas sahabatnya Rizman Nordin menimang cahaya mata, kini tiba pula giliran pereka fesyen Ruzaini Jamil bergelar bapa selepas isterinya Nurul Hidayati Yahya selamat melahirkan zuriat pertama mereka.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang bayi lelaki yang dilahirkan kira-kira jam 6.35 pagi semalam dimana berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Ruzaini menerusi laman Instagram miliknya.

Ruzaini dapat anak lelaki

Menerusi posting itu, Rizman memanjatkan rasa syukur atas kelahiran anak pertamanya dan menceritakan detik-detik awal kelahiran bayi berkenaan.

“Alhmdulillah isteri saya telah selamat melahirkan khalifah kecil kami. Kehadiran khalifah kecil kami ini adalah lebih awal dari jangkaan namun Alhmdulillah persiapan untuk menyambut beliau telah kami sediakan lebih awal…”

Tak dapat rai bersama keluarga & rakan

Meskipun agak sedih tidak dapat meraikan kelahiran itu bersama keluarga dan rakan-rakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang, dia bersyukur isterinya selamat bersalin dengan bantuan pasukan perubatan.

“Walapun kelahirannya tidak dapat dirai oleh keluarga terdekat berikutan pandemik Covid-19 dan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur ini, Alhmdulillah Allah kurniakan doktor dan jururawat yang sangat2 memberi sokongan moral buat saya dan isteri..”

Tahniah diucapakan kepada Ruzaini dan isteri. Semoga cahaya mata mereka menjadi anak yang soleh dan taat pada kedua ibu bapa.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber : Ruzaini Jamil via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *