Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelakon, Aeril Zafrel bersyukur dan lega apabila disahkan bebas wabak Covid-19 pada tempoh hari yang lepas.

“Alhamdulillah, hasil ujian saya negatif hari ini. Semalam juga adalah hari terakhir saya menjalani kuarantin. Sepanjang kuarantin kendiri di rumah, aktiviti saya menonton televisyen, layan media sosial, beribadat dan tidur. Saya memang tak keluar bilik langsung sebab ada anak kecil di rumah.

“Setiap hari saya berkomunikasi dengan isteri dengan menghubunginya atau buat panggilan video dengan anak-anak. Kalau Wawa hantar makanan pun, dia hanya ketuk pintu bilik saja. Dia tak masuk dalam pun,” katanya.

Menerusi entri terbaru Aeril Zafril dalam halaman Instagram nya, Aeril memuatnaik satu video dengan kapsyen:

Haritu solat sorang2 je sebab kuarantin, harini baru dapat berjemaah. Baru boleh 27 kali ganda pahala kita dapat.

Namun, salah satu komen daripada netizen yang mencuri perhatian ramai apabila Aeril memberi respon:

Aeril Zafril juga seringkali mendapat pujian daripada netizen kerana kesetiaan pada isteri nya, Wawa Zainal. Min disini mendoakan agar Aeril Zafril sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat.

“Mugkin kalau kita pembawa virus akan fikir antibodi kuat. Tapi, kena fikir juga orang sekeliling kita. Jangan pentingkan diri. Jadi, kalau berasa ada gejala, segera buat pemeriksaan.

“Macam saya pun, setiap kali berasa tak sedap badan memang akan buat ujian saringan. Saya tidak mahu tangguh, nanti akan melarat pula. Itu yang ada kes apabila mereka buat pemeriksaan gejala sudah tahap empat dan lima,” kata Aeril Zafril menerusi Harian Metro pada tempoh hari yang lepas.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro & IG Aeril Zafril

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *