Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak minggu lepas, isu usahawan kecantikkan, Muhammad Sajjad bin Kamaruz zaman atau Nur Sajat yang pergi menunaikan umrah tempaoh hari dengan berpakaian wanita telah mengundang pelbagai spekulasi.

Lengkap bertudung di Tanah Suci, Sajat dan rakan-rakannya dilihat tanpa rasa bersalah berpakaian seperti seorang wanita di sana sedangkan Jabatan Pendaftaran Negara telah mengesahkan Sajat adalah lelaki.

Posing ala-ala gadis Arab

Seakan kebal dengan semua kecaman, Sajat dilihat masih lagi berpakaian seperti itu walaupun sudah ditegah sedari awal lagi. Media sosialnya juga ‘senyap’ seketika sebelum ini namun kembali memuat naik beberapa gambar di Instagram.

Walau bagaimanapun, kapsyen yang ditinggalkan juga seakan mengakui khilaf tentang diri dan memohon kemaafan daripada Maha Pencipta.

Bertelekung lagi nampaknya

Dia juga menyertakan sekali kata-kata hikmah berkenaan perkara baik dan buruk serta meninggalkan emoji meminta keampunan.

Sajat juga dilihat telah menutup ruangan komen selepas posting-posting yang dibuat sebelum in teruk dikecam masyarakat Malaysia.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan terus daripada pihak Sajat berkenaan pemakaian serta jantinanya yang terus menjadi persoalan dan kemarahan rakyat Malaysia.

Terdahulu, Sajat bersama rakan-rakan dan keluarganya telah ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Tindakan usahawan tersebut memakai telekung di sana membuatkan ramai yang marah kerana seolah-olah mempermainkan agama.

Semoga Sajat berterus-terang dengan apa yang berlaku bagi mengelakkan lebih banyak fitnah terhadap dirinya susulan daripada kenyataan daripada beberapa pihak yang sudah mendedahkan identiti sebenar Muhammad Sajjad.

Semoga mendapat hidayah

Semoga Allah memberi petunjuk

Istidraj itu wujud

Apa kata anda? Dah baca jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:0MM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *