Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Baru-baru ini tular mengenai keadaan hidup keluarga seorang pelajar UTM Skudai, bernama Maznah Binti Ismail, yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampung halamannya di Malan, Dangi.

Kisahnya menjadi perhatian ramai selepas pemandu kenderaan IPD yang menghantarnya, mendedahkan mengenai kedaifan hidup keluarga Maznah yang terpaksa tinggal di dalam khemah.

Maznah sebelum ini terkandas dalam kampus sejak penularan wabak Covid 19 dibenarkan balik ke kampung bersama pelajar lain selepas larangan PKP dilonggarkan oleh Kerajaan.

Berumah di dalam khemah

Difahamkan, di dalam khemah Maznah tinggal bersama Abang kandungnya, Radzuan bin Ismail bersama isteri dan 6 orang anak beliau.

Berdasarkan apa yang diceritakan, rumah pusaka yang dibina oleh arwah ayah mereka terbakar ada 20 Oktober 2015 itu. Selepas kematian ibu, rumah yang sebelum di bawah nama Maznah diserahkan dengan rela hati kepada abangnya.

1 Mei 2020 – Kecoh apabila kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan…

Dikirim oleh Bro Misai pada Jumat, 01 Mei 2020

Sara anak masuk universiti

Redzuan pula yang bergaji hanya RM1200 masih belum mampu untuk membina rumah yang baru, berikutan kesemua anaknya masih bersekolah, dimana yang sulung berusia 22 tahun, sedang menuntut di UIAM, Gombak.

Anak kedua lulusan sarjana muda Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) manakala anak ketiga lulusan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.

LAGI KELUARGA TINGGAL BAWAH KHEMAHJOHOL, 1 Mei – Anak pertama mereka lulusan Jordan, kini menyambung pelajaran pada…

Dikirim oleh Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS pada Jumat, 01 Mei 2020

Setakat ini, ada beberapa pihak telah datang menghulurkan sedikit bantuan buat keluarga ini. Diharapkan selepas mereka sekeluarga diberi peruntukkan untuk membina semula rumah yang lebih selesa.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Bro Misai & Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *