Isu Semasa

Sanggup Datang Dari Jauh Untuk Bayar Denda, Ini Luahan Sebenar Azlan Al-Amin

ALOR SETAR: Seringkali kita lihat manusia/masyarakat yang melampaui batas dalam pelbagai aspek. Namun, sebagai manusia biasa, semestinya kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Begitulah asam garam kehidupan yang silih berganti. Oleh itu, sebagai insan yang bertanggungjawab, kita seharusnya sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebaikan pada insan lain.

Kisah insan mulia, pemilik facebook Muhammad Azlan Al-Amin yang tular di media sosial hari ini, difahamkan sanggup datang dari jauh semata mata untuk membayar denda RM10,000, seterusnya membebaskan adik Nursahira. Sungguh mulia tindakan insan ini, semoga dapat menjadi ikutan pada masyarakat diluar sana dan tidak lupa pada pesalah agar insaf.

Kapsyen ringkas saudara Azlan:

Bersama Mak Ayah Syaherah di Mahkamah Alor Star,Kedah.Mereka hanya menangis lihat saya,mereka cakap tak ada apa boleh bagi.Saya kata,saya hanya mahu DOA

 

Turut berkongsi foto foto bersama Peguam:

Jom Lihat apa kata netizen dalam ruangan komen:

Adik buat pengajaran.Jaga budi bicara pas ni, hormat orang tua2.Baqu la mak pak mertua Sayang.. Hope pas ni adik serik xkan ulang lagi.. Sayang masih muda lagi. Jangan ikut hati Dan perasaan. Kalau dak. qaya lah ke terai besi taun ni. Buat diluar sana Jagalah budi bicara anda bila berkata2

Yg mana dok kecam tu sembang mcm malaikat.. Hidup tak pernah buat silapm. Hebat hangpa.. Tahniah… Kalau blh mana mnausia buat silap salah hukum penjara seumur hidup puas hati la kot.. Ingat satu saja nak habaq.. Hari ni hari dia.. Hari hangpa tgu pulak la.. Dok kata sedap kat org… Allah tu maha adil.. Hati hati la

Dengan niat membantu, menolong, semoga tuan mendapat ganjaran pahala dari raja segala makluk. Aamiin

Semoga DiPernudahkan urusan encik dan adik ni…lps kluar ni ..jgn la buat hal lg..belajar la dari kesilapan ni. Jd la manusia yg berguna..adik tk kesian kt diri sendiri..tp adik kesian la kt mak ayah adik…balik minta la maaf kt diaorg..selagi diaorg masih ada….umur masih muda..jgn bertindak di luar kewarasan diri

Ya lah kita hanya boleh ambik iktibar dari kejadian ini… Pihak berkuasa hanya menjalankan tugas… Tugas tetap tugas… Arahan kena ikut… Soga kejadian in menjadi iktibar kepada semua rakyat malaysia. Kerana mulut, badan binasa… Malu keluarga dibuatnya, unti adik saherah… Ambilah pengalaman ini dengan sewajarnya.

 Tahniah tuan ..untuk adik ni..belajarlah dari kesilapan..sebab tidak akan selalunya kita bernasib baik..jaga air muka ibu ayah. Kesian mereka.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: FB Muhammad Azlan Al-Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *