Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR: Rakyat hari ini menyambut baik keputusan kerajaan yang mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pakej rangsangan tambahan itu dijangka mampu meringankan beban usahawan PKS.

” Di pihak kerajaan ,kita cuba membantu sebaik mungkin dan sebab itu saya ingin mengumumkan pakej tambahan RM10 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS (Tambahan) dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan”.

Katanya, pakej tambahan berjumlah RM10 bilion ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.

Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

Di bawah inisiatif tambahan itu, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

1) Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.

2) Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

3) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

4) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

” Melalui penambahbaikan ini, syarikatsyarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

” Bantuan ini adalah untuk selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari lalu dan mendaftar dengan Perkeso.

” Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.

Beliau menambah majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurangkurangnya untuk tempoh enam bulan, iaitu dalam tempoh tiga bulan semasa menerima subsidi upah dan tiga bulan selepas itu.

Ayat penutup Muhyiddin Yasin memang sempoi habis

Ramai rakyat juga ternanti-nanti apakah ucapan atau kata-kata selingan perdana menteri, dan ternyata Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mencuri tumpuan dengan ayat bersahaja beliau.

” Saya lihat di media sosial ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri mereka, agak luar biasa.

” Ada yang mengayuh basikal dalam rumah, ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap..

” Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

” Yang penting saya fikir saudara dan saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi ujian ini.

” Dan saya yakin tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang kita tak boleh tanggung.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *