Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

JENAKA mengenai fizik4l seseorang bukanlah sesuatu perkara yang asing.

Turut disebut sebagai b0dy sh@ming, ia sebenarnya sudah lama wujud sebelum terma itu disebut-sebut dalam kehidupan moden hari ini.

Bagi mereka yang mengalaminya, usikan rakan mengenai saiz badan yang besar bagaikan sudah jadi lumrah dan mungkin ada yang sudah lali dengannya.

Itulah juga yang berlaku ke atas seorang gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Syuhada apabila dia diberi pelbagai gelaran termasuklah nama haiwan sejak sekian lama.

“Memandangkan saya gemuk dari kecil. Bermacam gelaran dah pernah saya dapat. Tapi gelaran gorila paling saya ingat sebab dipanggil depan orang ramai.

“Saya malu. Biasalah dah besar kan, dah mula kisah dengan perasaan sendiri. Dah penat pujuk hati sendiri. Jadi masa tu sangat sangat terasa,” ujar gadis berusia 22 tahun itu kepada mStar.

Bertitik tolak dari situ, Syuhada nekad untuk menjalani diet demi mendapatkan berat badan ideal.

Ujarnya, usaha gigih itu bukanlah untuk memuaskan hati orang lain sebaliknya dilakukan untuk diri sendiri.

“Tujuh bulan lalu saya mula diet untuk diri sendiri, bukan sebab  untuk orang lain. Masa mula-mula, saya fikir buat ni untuk kesihatan saya.

“Sampai bila nak gemuk kan? Aktiviti yang saya nak buat semua terbatas atas faktor fizikal,” ujar bekas pelajar politeknik itu.

Menurut Syuhada, dia sebelum ini memiliki berat 89.3 kilogram (kg) dan kini beratnya berkurang kepada 66kg yang mana sasaran idealnya ialah 50kg.

Malah, kehidupannya kini bertambah gembira dan dia semakin yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.

“Perubahan sangat banyak dari segi fizikal dan mental. Contohnya dulu saya sangat low confident nak keluar takut orang tengok fizikal kita. Tegur fizikal kita.

“Emosi tak stabil asyik nak sedih je. Sekarang Alhamdulillah yakin je nak pergi joging yakin nak keluar cari baju. Sihat tubuh badan nak lari pun selesa,” katanya lagi.

Antara amalan yang dilakukan Syuhada termasuklah mengurangkan kandungan gula, senaman, menolak makanan segera, pengambilan air kosong tiga liter sehari dan senaman.

Syuhada membuat perkongsian mengenai kisah transformasinya itu menerusi laman Twitter pada Sabtu.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *