Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

“DAH la cantik, nyanyi pun merdu sangat.”

Demikian komen netizen berhubung video nyanyian tular seorang gadis di laman Twitter.

Manis dalam busana merah jambu dalam video itu, Idayu Natasha Mahadzir, 21, yang juga penuntut Insitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGBM), Lembah Pantai, Kuala Lumpur mengakui tidak menyangka video yang dirakam pada tahun lalu akan mendapat perhatian ramai.

Mesra disapa Ayu, dia mengakui video itu dikongsi sekadar untuk suka-suka setelah melihat satu rakaman lain yang mendendangkan lagu sama.

“Video tu dirakam pada April tahun lepas. Ada pertandingan antara penuntut IPG seluruh Malaysia. Masa tu saya dapat nombor satu.

“Saya memang tak pernah post. Tapi saya ada nampak satu video seorang gadis nyanyi lagu sama iaitu lagu Bertakhta Di Hati nyanyian Farahdiya.

“Jadi saya buat keputusan untuk kongsi. Sebelum ni pun ada buat cover, tapi kurang sambutan. Mungkin orang tak perasan,” ujarnya kepada mStar.

Berasal dari Skudai, Johor, Ayu sebelum ini pernah menuntut di Sekolah Seni Malaysia Johor dan turut berkebolehan bermain alat muzik seperti keyboard dan seruling.

Di IPGBM, dia mengambil bahasa Melayu sebagai bidang utamanya di samping subjek muzik sebagai pilihan kedua.

“Kita kena positif. Apa yang buruk, kita belajar dan perbaiki.”

IDAYU NATASHA MAHADZIR

PENUNTUT IPGBM

“Saya minat dua-dua. Jadi guru dan jadi penyanyi. Saya tak tolak rezeki. Kalau menyanyi, saya lebih kepada genre balada.

“InsyaAllah jika dah posting, kalau ada acara di sekolah, saya sukarela nak buat persembahan.

“Di IPG pun biasanya saya akan menyanyi kalau ada apa-apa acara. Saya tak kisah dikenali sebagai guru yang boleh menyanyi,” katanya lagi.

Bercerita lanjut mengenai pertandingan yang disertai pada tahun lalu, kemenangan Ayu membolehkan dia menerima trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM500.

Ayu sering membuat persembahan setiap kali ada acara di kampusnya.

Tambah Ayu, dia setakat ini tidak menerima sebarang komen neg@tif di laman sosial namun sudah bersedia jika ada yang kurang senang dengan video nyanyiannya.

“Setakat ni tak ada lagi. Kita kena positif. Apa yang buruk, kita belajar dan perbaiki,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, video nyanyian Ayu menerima lebih 15,000 tontonan di Twitter.

Malah, ia turut menerima reaksi positif netizen yang mana ramai memuji kelunakan suara Ayu, tak kurang juga yang memuji rupa parasnya.

 

View this post on Instagram

 

Best la kalau ada cikgu suara merdu macam ni. Apa-apa event sekolah minta cikgu perform je. #mstaronline #mstarMoi

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *