Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Dalam menjalani rumah tangga, semestinya pasangan mahu kehidupan penuh harmoni dan bahagia. Namun adakalanya perhubungan tersebut tidak dapat dipisahkan dengan pergaduhan kecil sampai masing-masing ‘menarik muka’.

Kalau setakat beberapa jam tak bercakap antara satu sama lain tu masih boleh diterima, tapi kalau sampai berhari-hari merajuk? Belum lagi masuk bab ego ‘setinggi langit’, masing-masing tunggu siapa nak tegur dulu.

Tapi cuba bayangkan sekiranya pasangan kita ditakdirkan tiba-tiba menemui ajal? Hati pastinya tersentak dan masih belum bersedia untuk menerima kehilangan orang tersayang.

Begitu juga dengan kisah pelakon Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir secara mengejut akibat serangan jantung pagi tadi.

 
Pemergian pelakon berusia 40 tahun itu merupakan kehilangan besar buat isterinya yang juga penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari setelah hampir 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara tersebut secara tidak langsung menimbulkan keinsafan dalam kalangan para isteri yang mengakui sering ‘bermasam muka’ dengan suami.

Bersedia ke kita?


“Tak boleh bayangkanpasangan kita tiba2 pergi secara mengejut. Bersedia ke kita?
“Masa baca berita pasal arwah suami dia pagi tadi terus rasa insaf sebab kerap masam muka dengan suami sendiri 2-3hari.
“Cinta dan sayangilah pasangan dan keluarga seperti hari ini hari terakhir mereka,” tulis seorang pengguna Facebook, Susylawati Faizol.

Oleh kerana itu, setiap masalah yang timbul antara suami isteri perlu diselesaikan dengan cara baik. Kurangkan ego dan saling bertolak ansur. Bukan apa, ajal bila-bila boleh datang menjemput. Takut tak sempat berbaik, nanti menyesal tak sudah.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Takleh bayangkan sedihnya

Masa ada hargailah suami

Moga tennag disana

Sumber : Susylawati Faizol via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *