Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Amerika Syarikat (AS) menjadi negara tertinggi kes jangkitan Covid-19 di mana bilangan mangsa yang dijangkiti telah melebihi sejuta orang, menurut laporan daripada Johns Hopkins University.

Susulan itu, Presiden Donald Trump mengatakan bahawa kadar jangkitan tertinggi di negara itu akibat wabak Covid-19 hanya disebabkan oleh satu alasan.

Kata Trumph, ini kerana ujian pengesanan yang dilakukan di AS adalah paling terbaik berbanding mana-mana negara di dalam dunia.

”Satu-satunya alasan mengapa AS melaporkan sejuta kes Covid-19 adalah kerana ujian yang kami jalankan adalah lebih baik dari semua negara di dunia,”

Tambah Trumph, negara lain berada jauh di belakang AS dalam melakukan ujian pengesanan, kerana itu kes di negara mereka menunjukan angka yang jauh lebih sedikit.

Berdasarkan rekod Johns Hopkins University, sebanyak 1,011,877 kes Covid-19 telah dilaporkan di AS dan sekurang-kurangnya 58,351 telah dicatatkan.

Plot twist taknak kalah

Malang nasib rakyat mereka

Ada betulnya juga

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Siakap keli via twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *