Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Hasrat bagi menatap wajah zuriat tercinta tidak kesampaian apabila segala-galanya sudah tertulis untuk mereka yang telah dipanggil menemui pencipta-Nya.

Itu kisah pengorbanan dua ibu muda yang ditakdirkan meninggal dunia selepas melahirkan cahaya mata sulung masing-masing.

Kisah pertama

Posted by Mohd Azhar Azmi on Sunday, August 16, 2020

Sungguh hebat Jihad mu & Syahid buat mu Adik Iparku Umi AFiqah Alhanis Allah telah janjikan seorang Puteri apabila dilahirkan nanti namun pemergian mu, Allah sahaja yang mengetahuiNya.. Perginya dirimu amat dirasai oleh semua orang. Linangan air mata membasahi bila mengenangkan mu. Sesungguhnya aku berdoa agar dikau tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Syurga dijanjikan untukmu.. Innalillahiwainnailaihirojiun..Alfatihah (dibaca)😭

Allahyarham Umi Afiqah Alhanis Mohd Azmi, berusia 26 tahun meninggal dunia selepas melahirkan bayi perempuan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada 15 Ogos lalu akibat komplikasi dalaman.

“Sungguh hebat jihad & syahid buatmu adik iparku. Allah telah janjikan seorang puteri apabila dilahirkan nanti namun pemergianmu, Allah sahaja yang mengetahuiNya..

“Perginya dirimu amat dirasai oleh semua orang. Linangan air mata membasahi bila mengenangkanmu. Sesungguhnya aku berdoa agar dikau tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,”

Ziarah keluarga arwah


Kisah kedua

Posted by Mr Wan Cai Official on Sunday, August 16, 2020

Allahyarham Noor Syahira Azizi, berusia 21 tahun meninggal dunia pada 16 Ogos lalu selepas 10 hari melahirkan bayi lelaki di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Menurut pihak pengurusan jenazah Mr Wan Cai Official, arwah dalam keadaan normal selepas bersalin namun kesihatannya tiba-tiba merosot sebelum diserang sawan serta hilang ingatan sehingga koma.

“Doktor mendapati otak ibu muda ini sudah lagi tidak berfungsi selepas bertarung nyawa.. Akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
“Berakhir juga satu penderitaan.. Terhenti sudah segala kesakitan.. Perginya seorang isteri dan insan yang dicintai.. Terputus sudah kasih sayang di antara si suami dan si isteri,” kongsinya.

Jenazah ibu muda berusia 21 tahun yang meninggal dunia selepas melahirkan bayi pertamanya sedang disempurnakan oleh unit…

Al-Fatihah dan salam takziah buat kedua-dua keluarga arwah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan di syurga Allah SWT.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber :Mohd Azhar Azmi, Halwa mengkebang , Mr Wan Cai Official via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *