Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memberi reaksi mengenai mural pemimpin negara yang diconteng dengan kata-kata kesat termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi sebuah entri di Instagram @airtangan_tengkuampuanpahang, Tunku Azizah memuat naik paparan skrin contengan tersebut dan berharap agar tindakan si pelaku akan mendapat balasan Allah SWT kelak.

“Semoga Allah SWT yang membalasnya,” tulis Permaisuri Agong ringkas.

Memetik laporan Harian Metro, lukisan diconteng yang terletak di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam itu dicat semula dengan cat putih oleh kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tengah hari tadi dengan kawalan pihak polis.

Jom lihat video dibawah:

Gambar dah dipadam!

“Terima kasih sokong bakat saya…”

Ramai juga tumpang simpati dengan si pelukis berkenaan berikutan kejadian yang menimpa muralnya itu.Namun, pelukis mural berkenaan, Suhaimi Ali turut meninggalkan pesanan dan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia yang telah menyokong hasil karyanya

.

Terpaksa dipadam, ramai yang luahkan rasa kecewa

Sudah tentunya, tindakan MBSA memadam kesemua mural itu telah mengundang rasa sebak orang ramai. Bahkan, masyarakat juga dilihat luah kecewa dengan tindakan individu busuk hati berkenaan.

Sedih! Mural begitu cantik terpaksa dipadam!

Hasil kerja yang bakal dirindui ramai. Terima kasih wahai pelukis. Keringatmu dalam ingatan.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber: OMM & Borak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *