Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Ajal dan maut ditangan Tuhan, baru-baru ini dukacita dimaklumkan sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan di Kilometer 34.4 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari arah USJ ke Klang dekat Subang Jaya, semalam.

Menerusi Harian Metro, motorsikal yang dinaiki pasangan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan, mengakibatkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

Suami isteri temui ajal bersama

Mangsa, Mohamad Hassrul Nizzam Omar, 28, dan isterinya, Nur Haziqah Adam, 24, mengalami kecederaan parah di kepala, disahkan meninggal dunia.

Dalam satu hantaran di Facebook, kakak mangsa, dengan nama akaun, Wani Adam turut berkongsi berita duka yang menimpa adik perempuan serta adik iparnya.

Sempat kongsi foto anak sebelum kemalangan

Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, lingkungan usia satu tahun. Malah, beberapa jam sebelum kemalangan berlaku, arwah Haziqah sempat memuat naik foto anaknya di Facebook.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan jika kemalangan itu ada membabitkan kenderaan lain.

Sedihnya, sekelip mata anak jadi yatim piatu

 

Semoga bertemu di syurga abadi

Innalillahiwainalillahirajiun. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Salam takziah buat keluarga arwah. Alfatihah.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM via facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *