Sebaik Sahaja Selesai Bacaan Yassin, Shuib Sempat Beritahu Kyakinan dia, anak anak pada Isteri tercinta

Saya dan anak-anak yakin yang Sarah akan balik,” kata pelawak Shuib sebaik selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang berlangsung secara maya, sebentar tadi.

Shuib berkata, dia hilang kata-kata sebaik doktor memaklumkan keadaan isteri tercinta, Siti Sarah yang dilaporkan sedang ‘bertarung nyawa’ apabila bacaan tahap oksigen menurun kepada 40 peratus.

“Saya mohon maaf sebab sebelum saya sertai sesi ‘live’ ini memang kebetulan doktor baru saja hubungi saya dan maklumkan keadaan Sarah yang tidak berapa baik.

“Itu yang saya tiba-tiba hilang ayat. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya yakin dan pasti selagi belum masanya, belum masanya.

“Saya mohon anda semua terus doakan Sarah. Tak kisah berapa pun bacaan oksigennya,” katanya lagi.

Menurut Shuib, dia turut memohon kepada individu yang mengenali Siti Sarah untuk mengampunkan segala salah dan silapnya.

“Saya harap kalian ampunkan segala kesalahan, halalkan makan minumnya. Semoga segala urusannya dipermudahkan.

“Saya juga minta kepada semua orang untuk terus tiupkan semangat kepadanya. Kita tak tahu apa yang dia tengah fikir, tapi kita harapkan dia boleh dengar doa kita. Dia memang perlukan sokongan kita semua,” katanya.

Terdahulu Shuib berkongsi keadaan terkini Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini. Katanya tahap oksigen Siti Sarah kini menurun kepada 40 peratus.

Video Sebelum bacaan Yassin:

Rata rata mendoakan agar Siti Sarah diberikan kesembuhan, kata kata netizen:

“Ya Allah beri la kesembuhan kepada Siti Sarah,Dan jg semua yg sedang bertarung nyawa berjuang melawan penyakit ini agar mereka kembali menjalani hidup seperti biasa..”

“Semoga diberi kesembuhan utk sarah, baby terus survive dan juga kesembuhan utk semua yg sedang bertarung dgn cov19 dan semoga Allah pelihara semua penduduk bumi dr wabak jahat ni..”

“Ya Allah..sedihnya..semoga Siti Sarah diberi kesembuhan dan keajaiban dr Allah SWT..Pernah berada di situasi shuib..pedihnya hanya Allah saja yg tahu..”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *