Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin menerima mesej berbaur makian daripada seorang peniaga wanita susulan tindakannya memuat naik video kekesalan terhadap ‘trend pemasaran’ mengaibkan diri daripada segelintir usahawan tempatan.

Ikuti video penuh di bawah.

Sarah berkata menerusi video yang dimuat naik minggu lalu itu, dia tidak menyebut sebarang nama namun, mengapa wanita berkenaan menganggap kenyataan dibuatnya itu seakan menutup pintu rezeki orang lain.

“Ada seorang usahawan menghantar mesej peribadi dan memaki hamun saya. Dia kata, saya nak tutup rezeki dan periuk nasi dia. Tapi, saya tak sebut pun nama dia.

Ikuti video penuh di bawah.

“Sekarang ini, siapa makan cili dia terasa pedas. Saya bukan manusia sempurna. Saya masih lagi buat dosa, hari-hari buat dosa. 

“Kalau ada yang terasa, saya minta maaf. Dalam keadaan macam ini, saya harus berkata benar. Kalau satu hari nanti saya disoal, sekurang-kurangnya saya dah lakukan sesuatu,” katanya.

Sebelum ini Sarah menempelak segelintir ahli perniagaan yang sanggup menjual maruah diri semata-mata untuk tujuan pemasaran.

Sarah yang juga ahli perniagaan berkata, dia terkilan melihat sikap manusia yang tergamak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam demi kepentingan diri.

Dalam pada itu, Sarah turut dikecam apabila ada pengikut yang menyelak kehidupan lamanya yang pernah berpakaian seksi ketika menjadi penyanyi.

Enggan mendiamkan diri, Sarah tampil mempertahan dirinya selepas dikata sanggup memperdagangkan maruah diri dengan berpakaian seksi sebelum ini.

“Saya dah agak ada orang tanya macam ini. Masya-Allah saya tak dapat berbuat apa-apa dengan masa lalu. Apa yang saya harapkan moga Allah terima taubat nasuha saya.

“Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya yang duhulu, kini dan akan datang. Apa yang saya perkatakan bukan cerita tiga tahun lepas, tapi saya tengah cakap mengenai apa yang terjadi sekarang. 

“Andai ada kata-kata yang menguris hati anda, saya minta maaf. Sekiranya ada cara saya berpakaian dulu menguris hati anda, saya mohon maaf,” katanya.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *