“Harap2 ‘Telur’ Yang Keluar Baik2 & Cantik2” – Siti Elizad Teruskan Rawatan IVF, Ini Komen Rakan Artis Dan Netizen
Umum sedia maklum bahawa pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin sememangnya sedang berusaha untuk menperoleh cahaya mata sendiri.
Oleh itu, dia telah melakukan rawatan ujian persenyawaan in vitro (IVF) sejak awal tahun lagi dan sering berkongsi perjalanan proses tersebut yang memakan masa agak lama.
Lakukan proses rawatan
Terbaru, pelakon berusia 36 tahun itu memuat naik gambarnya yang berada di atas katil rawatan beserta kapsyen meminta orang ramai mendoakan kesejahteraanya dalam meneruskan rawatan.
Perlu ditidurkan dahulu
Menurut Elizad, dia telah berpuasa dari malam sebelumnya bagi meneruskan proses selain perlu ditidurkan dahulu sebelum rawatan dilakukan.
Dalam pada itu, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu turut berdoa agar urusan untuk mendapatkan zuriat dari rahimnya sendiri termakbul.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet dan rakan-rakan artis turut mendoakan agar urusan penyampai radio Sinar FM itu dipermudahkan serta mendapat zuriat yang diimpikan selama ini.
Jom baca komen di ruangan Instagram Elizad
Ya Allah, Kau bantulah kakak ku untuk mendapat zuriat kali ini
Semoga dipermudahkan urusan dan berjaya dalam IVF
Enjoy the journey ejad
Dah baca? Jangan lupa like, share dan subscribe ya. Terima kasih
Sumber: Siti Elizad via OMM