Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mendedahkan suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio, Shuib teruja apabila melihatkan perubahan fizikal dirinya yang seolah-olah sedang hamil.

Malah, Shuib turut meminta Sarah untuk melakukan ujian kehamilan sendiri di rumah.

“Dia gembira dan terus beli alat ujian kehamilan beberapa hari sebelum saya buat persembahan di program Lagu Cinta Kita 2. Saya faham dia teruja.

“Kemudian bila tengok hasilnya, dia terus cakap saya hamil. Tapi rupanya tidak sebab yang muncul hanya satu garis.

“Saya tidak letak harapan (hamil lagi), tapi saya tidak menolak kalau Dia bagi rezeki zuriat,” katanya.

Ditanya mengenai perubahan berat badannya hingga menimbulkan spekulasi di kalangan peminat, penyanyi lagu Manis ini menjelaskan ia berpunca kesan perubahan hormon serta pengambilan ubat-ubatan yang diambil sejak dua tahun lalu.

Saya mengalami perubahan hormon yang agak ketara sekali gus alami peningkatan berat badan secara mendadak. Jujurnya, situasi ini berlaku lebih dua tahun lalu iaitu ketika saya berdepan masalah anxiety.

“Sejak itu, saya mula sedar berat badan meningkat lebih 20 kilogram. Spekulasi ramai yang mengatakan saya hamil adalah tidak betul. Apa pun, terima kasih kepada peminat yang peka dengan perubahan fizikal saya.

“Saya juga tidak tahu untuk beri reaksi bagaimana apabila ada yang sangka saya mengandung.

“Walau bagaimanapun, saya sayangi diri ini dalam apa sahaja rupa bentuknya,” katanya yang sedang proses untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.

Sarah ditemui pada sidang media single terbarunya, Terakhir Buat Teman yang turut menampilkan Hazama.

Melodi indah yang diciptakan Allahyarham Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pada awalnya adalah untuk mengenang kedua orang sahabatnya yang pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.

Single tersebut dicipta oleh Lok U bersama Aji sebagai tanda mengenang Allahyarham Kelly yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka.

Tidak sempat lagu tersebut disiapkan, Aji ‘pergi’ mengadap Ilahi dan Lok U ketika itu cuba menyiapkan lagu tersebut, namun beliau juga ‘pergi’ pada 22 Januari 2020.

Seterusnya, Indigital Music proses pembikinan diteruskan Genervie bersama Emi gitarist sementara lirik oleh Rudy Imran.

https://www.youtube.com/watch?v=VesOjbdFv1Y&feature=emb_title

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *