Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman meneruskan sekatan jalan raya (SJR) walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

ditamatkan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Bingkok John, berkata SJR itu diteruskan dengan memberi tumpuan lokasi berdekatan sempadan antara Malaysia – Indonesia dalam usaha menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

SJR yang beroperasi 24 jam itu katanya adalah sebahagian daripada Op Benteng COVID-19 yang bermula semalam.

“SJR difokuskan di simpang Kampung Entebar / Tintikah, Pekan Batu Lintang, di sini.

“Terdapat dua laluan gajah dan satu jalan tikus dikenal pasti di kawasan Pekan Batu Lintang ini yang menjadi laluan utama kemasukan PATI ke Sarawak

“Setakat ini belum ada kemasukan PATI melalui laluan itu sejak SJR dilaksanakan,” katanya selepas melawat SJR terbabit, malam tadi.  

Beliau berkata, SJR itu dilaksanakan selaras dengan keputusan yang dibuat mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Selain menyekat kemasukan PATI, ia juga bertujuan mencegah kegiatan jenayah rentas sempadan dan aktiviti penyeludupan.

Tahniah, kerajaan kene tegas kali ni

Kami selaku rakyat Malysia sokong

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *