“Lelaki ini Raissuddin Hamzah..” – Keakraban Siti Sarah dan Ayahnya, ‘sporting’ melayan kerenah dipuji ramai..

Kini, nama Siti Sarah menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan semua mendoakan agar beliau kembali sihat seperti sedia kala. Namun, tidak ramai yang mengenali ayah Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah. Satu keratan video lama dikongsi sendiri oleh Siti Sarah turut mendapat perhatian peminat peminat.

Video yang berdurasi pendek itu apabila Siti Sarah dan ayahnya menjual beli barangan dan Siti Sarah dilihat mencuba pelbagai jenis barang yang dijual. Namun, pada ketika itu, ada juga yang tidak mengenali lelaki itu.

Dalam video berdurasi 54 saat yang dimuat naik Sarah dalam Instagram miliknya, peserta Gegar Vaganza 3 itu dilihat mencuba pelbagai snek yang ditawarkan pakcik tua tersebut tapi akhirnya tidak membeli walau satupun snek yang ditawarkan.

Sarah tampil membuat penjelasan yang video tersebut hanya satu gurauan semata-mata dan lelaki tua itu sebenarnya ayah kandung dia!

“Lelaki ini Raissuddin Hamzah. Dia bapa kandung saya, kami hanya bergurau. Dari video ini sebenarnya apa yang kita lihat dia sangat sporting melayan kerenah anak-anak yang suka bergurau.”

“Kenapa la suka sangat nak keji caci orang tanpa usul periksa. Semoga Allah permudahkan hidup kalian. Amin.”

Lepas baca penjelasan yang dibuat Sarah, ramai terhibur dengan sikap anak beranak yang satu kepala ni. Ada juga yang jeles sebab Sarah ada bapa yang sangat sporting macam pakcik Raissuddin. Siap suruh Sarah, Shuib dan pakcik Raissuddin berlakon sama-sama. Mesti lawak!

Jom Lihat Video Dibawah:

Terkini, keadaan Siti Sarah masih belum pulih sepenuhnya, memetik kata kata Shuib yang mengharapkan orang ramai diluar sana agar sentiasa mendoakan kesihatan yang baik pada isteri yang tercinta.

“Saya yakin Siti Sarah kuat, saya yakin Siti Sarah akan balik ke rumah ini.”

“Teruskan berdoa untuk Siti Sarah, untuk anak dan keluarga. Teruskan berdoa untuk semua orang dan tolong jangan lupa selitkan nama Sarah dalam doa semua,”

“Saya minta maaf sekiranya Siti Sarah ada menyakiti sesiapa, halalkan makan minumnya dan doakan agar dipermudahkan perjalanannya,”

“Malam ini mengajar saya banyak perkara, Allah ajar saya untuk reda yang paling reda. Ya, saya dah reda. Apa sahaja keadaan selepas ini saya akan reda. Allah telah banyak uji kami, dari tahun pertama kahwin sampai sekarang,Allah memang hantar dia untuk baiki hidup saya.

“Tolong doakan dia.Tolong doakan anak saya juga yang berada di hospital,” kata Shuib.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *