“Spring ke kat Pinggang Tu!!”- Mak Ayah Terp3gun Tengok ‘Tubuh Get4hnya’

JARANG sekali kita melihat seorang lelaki memiliki kebolehan untuk meliuk-liukkan tubuh mereka dalam keadaan yang ekstrem.

Namun bagi remaja ini, dia mampu melenturkan badannya seperti getah yang begitu fleksibel.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh remaja berkenaan, dia dilihat melalukan aksi melenturkan badan dan cuba menahan diri untuk tidak bergerak bagi menyahut cabaran menampakkan rakaman video tersebut seperti sekeping gambar.

Video itu menarik perhatian ramai dengan meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Farhan Mohd Asri, 17, berkata walaupun dirinya tidak bergerak demi ‘menjayakan’ cabaran itu, namun ada beberapa benda lain di sekelilingnya yang bergerak ketika rakaman video tersebut dibuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Namun dia tidak menyangka apa yang lebih menjadi perhatian warga TikTok ialah kebolehannya meliukkan tubuh.

Menurut anak kelahiran Sabah ini, dia pada asalnya tidak memilik tubuh yang fleksibel tetapi mula berlatih melakukan aktiviti melenturkan badan sejak berusia 13 tahun dengan belajar menerusi YouTube.

“Kalau tengok betul-betul dalam video tu, benda yang bergerak sebenarnya langsir, rambut dan tali pada pemegang basikal adik saya. Waktu tu saya tak nampak, bila dah tengok semula video baru perasan ada benda yang bergerak.

“Saya pada asalnya bukannya seorang yang ada tubuh fleksibel. Saya mula berlatih ketika berusia 13 tahun dengan menonton video di YouTube dan selalunya berlatih dalam bilik.

Farhan menjadikan ahli peliuk tubuh Kanada Anna McNulty (tengah) sebagai idolanya.

“Kalau berlatih pun ikut mood juga sebab saya lakukan aktiviti ini untuk menghiburkan diri sendiri dan aktiviti ni sangat menarik.

“Saya mengambil masa dalam tiga tahun untuk mencapai tahap fleksibel macam sekarang ni dan tak pernah mengal4mi sebarang kec3deraan serius selain s4kit otot,” katanya yang merupakan pelajar aliran perakaunan di Sekolah Menegah Kebangsaan Datuk Panglima Abdullah, Semporna, Sabah.

Lebih mesra disapa Farhan, dia yang mempunyai ketinggian 163cm dan berat 45kg memilih untuk melakukan aksi ‘contortion’ ini kerana ia merupakan aktiviti yang ekstrem dan menjadikan ahli peliuk badan dari Kanada iaitu Anna McNulty sebagai idolanya.

Ibu dan bapanya Jasmiah Jamil,47, dan Mohd Asri Piong,47, juga terk3jut apabila mendapat tahu yang anak mereka mempunyai kebolehan sebegitu.

“Saya memilih untuk melakukan contortion kerana ia merupakan aktiviti ekstrem yang jarang dilakukan di Malaysia.

“Ahli keluarga dan kawan-kawan agak terk3jut kerana mereka tak pernah tahu pun yang saya ada kebolehan ini.

Tetapi saya ada terima beberapa komen yang berunsur s3xual harassment daripada golongan

lelaki.

FARHAN MOHD ASRI

Contortionist yang paling saya minat ialah Anna McNulty dari Kanada. Saya banyak mengh4biskn masa menonton video dia dan contortionist dari luar negara untuk menambah kemahiran.

“Minat untuk ceburi bidang gimnastik tu tak ada la sebab saya buat ni pun untuk suka-suka. Tapi kalau diberi tawaran dan dapat jurulatih mungkin saya akan cuba,” ujarnya yang menetap di Kampung Perigi Semporna, Sabah.

Anak kedua daripada tiga beradik ini juga tidak lari daripada menerima komen-komen negatif yang dilontarkan oleh pengguna TikTok.

Malah dia juga pernah menerima beberapa komen yang berunsur gangguan s3ksual daripada golongan lelaki dalam video yang dimuat naik sebelum ini.

“Agak must4hil untuk mengel4k komen negatif, tapi saya terima bahawa setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.

“Saya bersyukur kerana ada sahabat dan adik beradik yang memberi sokongan terhadap minat saya ini.

Farhan (baris belakang, kanan) bersyukur mempunyai ahli keluarga yang menyokong minatnya itu.

“Tetapi saya ada terima beberapa komen yang berunsur sexual harassment daripada golongan lelaki. Bila kena macam tu saya akan biarkan atau kadang-kadang delete sahaja komen itu.

“Sebagai seorang lelaki dan masih lagi bawah umur, tentulah saya rasa terkejut kerana menerima komen yang tidak menyenangkan seperti itu,” katanya.

Remaja ini berharap agar semua pengguna media sosial yang lain terutama sekali golongan yang lebih dewasa dapat menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda di luar sana.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *