Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Bekerja dengan gel4ran wakil rakyat bukanlah satu jawatan yang tampak mudah dan tenang. Kadang kala, dapat kita lihat mereka ini seakan kurang berehat dan terp4ksa bergerak ke banyak tempat demi memastikan nasib masyarakat yang memilih mereka terbela.

Tolak tepi bab pol1tik

Tetapi, tolak tepi isu politik dan bayaran yang diterima oleh mereka, wakil rakyat ini kadang kala turut mencuri tumpuan warganet apabila dalam kekalutan mereka, masih sempat lagi melakukan mesyuarat dengan pemakaian yang agak formal.

Namun begitu, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh staf ahli parlimen Muar di Twitter, dia telah mendedahkan hakikat sebenar pemakaian bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika mengadakan forum atas talian.

Pakai seluar pendek je

Perkongsian yang dibuat oleh Hafriz Iqbal ini telah mendedahkan bahawa Syed Saddiq yang kemas siap mengenakan kot dan tanda nama ketika sidang forum sebenarnya hanya memakai seluar pendek separas lutut serta berkasut sukan di restoran makanan segera.

Hal ini disebabkan mereka dalam perjalanan pulang menuju ke Kuala Lumpur dari Muar setelah selesai mendaki Bukit Mor pada petang itu.

Ada orang buat hal

Muat naik tersebut telah pun mendapat lebih daripada 3 ribu perkongsian semula dan 8 ribu suka di laman Twitter. Rata rata warganet juga sempat berseloroh dengan menyatakan kepada Hafriz yang dia terlalu berani kenakan bosnya.

Mereka juga terhibur dengan perkongsian santai itu dan turut mengakui perkara sama andai melakukan perbincangan atas talian di rumah mahupun bagi pelajar sekolah dan universiti.

Macam budak sekolah

Ada juga yang samakan perbuatan beliau itu dengan pelajar yang mengadakan kelas online ketika mereka belum lagi perlu ke sekolah.

Bimbang juga apabila YB Syed Saddiq mengetahui hal ini. Apalah yang terjadi kepada Hafriz ni, terc1duk mungkin kena dengan YB, hahahahaha

Apa pendapat anda? Jangan lupa komen yang baik baik !

Sumber : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *