Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Remuk hati seorang suami, apabila terpaksa memangku jasad isteri tercinta yang sudah tidak bernyawa, akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Tiada apa yang saya dapat lakukan kecuali memangku jasadnya yang sudah tidak bernyawa selain berdoa semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dijauhkan daripada azab (neraka).

Mangsa, Wan Mazlinda, 31, dilaporkan maut selepas motosikal Yamaha Lagenda ditungganginya terbabas ketika melalui selekoh di lorong kiri Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Subang-Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi pada Selasa, mangsa yang juga ibu tiga anak berusia tiga hingga 12 tahun dipercayai maut di tempat kejadian akibat pendarahan pada kepala.

Arwah bawa bekal sambal udang bersama

Menurut suami mangsa, Mohd Nazir Zainuddin, berkata kebiasaannya, dia dan arwah isteri bergerak ke tempat kerja serentak menunggang motosikal masing-masing sebelum berpisah di simpang Seksyen 32, Shah Alam.

“Cuma hari ini, arwah bergerak ke tempat kerja lebih awal dengan membawa bersama bekal makanan, nasi bersama udang masak sambal yang dimasaknya malam tadi…”

Dah lama teringin nak makan

Lebih sayu lagi, bekal yang dibawa itu sebenarnya memang sudah lama teringin untuk makan, namun ajal terlebih dahulu menjemput, bekal yang dibawa juga habis bertaburan di jalan.

“Namun, arwah tidak sempat menjamah makanan itu walaupun dia memberitahu teringin untuk makan sejak semalam. Malah, setibanya di tempat kejadian, saya lihat isi bekas makanan itu sudah bertaburan di jalan raya…”

Lihat wajahnya cukup berseri seperti senyum

Melihat isterinya kaku tidak bernyawa cukup menyentak jiwa, namun selepas melihat jenazah kelihatan cukup berseri seperti sedang tersenyum, dia percaya ada tempat yang baik untuk isterinya di akhirat kelak.

“Sedih kerana kehilangannya dalam sekelip mata tetapi saya lihat mukanya cukup berseri seperti sedang tersenyum,” kata suami mangsa.

Makan masakan terakhir arwah isteri

Mohd Nazir berkata, hubungannya dengan arwah amat akrab seperti sahabat sejak mereka mendirikan rumah tangga 14 tahun lalu.

Disebabkan itu, dia rasa cukup terkesan dengan pemergian isterinya malah tidak menyangka arwah akan pergi biarpun ada menunjukkan perubahan sejak beberapa hari lalu.

“Sejak kebelakangan ini, arwah kerap masak makanan untuk bekalan saya ke tempat kerja.

“Arwah juga ada memberi ucapan dan hadiah untuk saya sempena hari bapa, Ahad lalu,” katanya.

Tambah Nazir, walaupun masih bersedih, dia dan anak-anak akan menjamah masakan terakhir yang dimasak arwah untuk mereka sekeluarga.

“Walaupun masih sedih dengan kehilangannya, saya akan tetap menjamah makanan itu bersama anak kerana ia hidangan air tangannya yang terakhir sebelum meninggalkan kami…

Menurutnya, jenazah isterinya dijangka diserahkan pihak hospital esok dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Soeharto, Kuala Kubu Baru, Selangor.

Peritnya kehilangan insan tersayang, semoga keluarga mangsa diberikan ketabahan hati dalam menempuh ujian ini. Al-Fatihah buat arwah.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM via HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *