Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kalau sebut je pasal poligami, hamir seluruh dunia mengaku tidak setuju dengan hal ini kerana tidak mahu berkongsi kasih sayang suami dengan orang lain.

Namun, siapa sangka lain pula yang berlaku kepada si suami ini dimana isteri tersayang membenarkan dengan ikhals untuk suaminya menikah dengan wanita lain.

Sudah pasti dengan si isteri sudah menetapkan syarat yang perlu ada dalam diri isteri kedua supaya dirinya berasa lega dan tidak susah hati apabila suami isteri ini menerima insan baru dalam kehidupan mereka

Mencari isteri kedua 

Kebanyakan pengikut beliau di Twitter terkejut dengan tweet yang telah dimuat naik oleh wanita tersebut kerana tidak menyangka si isteri berani menyatakan hal yang demikian pada khalayak ramai.

Berani ambil risiko

Rata rata warganet yang komen ada yang memuji tindakan wanita ini kerana berfikiran jauh dalam menentu nasib diri dalam berumah tangga.

Ada juga yang banyak bagi sokongan kerana kagum dengan wanita ini atas keberanian beliau mengambil risiko yang ramai isteri diluar sana yang tidak menginginkan suami beristeri lebih dari satu.

Not because of her, but because of you !!

Walau bagaimanapun, tak ketinggalan bahawa ada juga yang tidak bersetuju dengan luahan wanita tersebut kerana ada sedikit salah faham berkaitan dengan posting itu.

Hal ini kerana, ada yang beranggapan posting tersebut adalah hasil dari tangan si suami. Akan tetapi ada beberapa warganet yang menyangkal tuduhan itu kerana yakin posting itu adalah daripada si isteri sendiri.

Saya rasa nak menangis

Netizen mimpi suami poligami, terus menangis

Meskipun ada tentangan hebat yang beliau hadapi, ramai kagum kerana wanita ini masih dengan pendiriannya untuk mencari perempuan solehah untuk dijadikan isteri kepada suaminya.

Beliau turut berterima kasih kepada warganet kerana ada diantara mereka yang sudi mencarikan bakal isteri itu, hasilnya terjumpa satu retweet yang menyebut soal insan yang mempunyai ciri ciri yang dikehendaki.

Tetapi perlu penyelidikan daripada beliau dahulu kemudian baru akan dipertimbangkan.

Ha dah baca, jangan lupa komen yang baik baik sahaja!

Sumber : Twitter

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *