Kewujudan pelbagai aplikasi cari jodoh pada masa kini telah memberikan platform kepada golongan bujang untuk berkenalan dengan calon-calon yang berpotensi dijadikan suami atau isteri.
Malang sekali, apps berkenaan juga dimuat turun oleh ramai pengguna lelaki yang sudah berkahwin. Bagaikan tidak cukup dengan seorang wanita bergelar isteri di rumah, mereka turut menjadikannya sebagai medium untuk melampiaskan nafsu.
Rasa curiga, aku cek phone suami masa dia tidur…Tak sangka isinya penuh apps dating bukan-bukan
Bagaikan sukar dipercaya, namun keputusan memeriksa telefon bimbit suami sendiri akhirnya membuatkan seorang wanita ini berendam dengan air mata.
Melalui penceritaan semula di video milik @snsilawati yang sudah meraih 370 ribu views, dia nekad melakukan perkara itu secara diam-diam ketika suaminya sedang tidur lalu menemukan banyak aplikasi mencari jodoh.
Tidak cukup dengan itu, perbualan jijik bersama dengan perempuan lain turut berlanjutan ke panggilan WhatsApp pula sehingga ke tahap merakam video bukan-bukan.
Sudah cuba memaafkan khilaf tersebut, namun suami terus melakukan perkara sama berulang-ulang kali seolah-olah tidak menghargai peluang yang diberikan oleh si isteri.
Tidak tahan lagi untuk menanggung rasa kecewa berpanjangan, wanita ini mengambil keputusan untuk berpisah dan mencari kebahagiaannya sendiri.
Bukan sahaja mengakui berhadapan dengan situasi sama, malahan netizen menyifatkan dia layak menerima lelaki lebih baik kelak.
Jom baca komen netizen
Padahal kakak cantik sangat
You deserve better
Sabar yaa
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih
Sumber : TikTok snsilawati via KD