Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan luahan pemilik kelab bolasepak JDT berkenaan prestasi pemainnya yang agak merosot. Walaupun tidak menyebut nama pemain tersebut, rata-rata warganet telah membuat spekulasi bahawa luahan itu ditujukan kepada Safawi Rasid.

Teman wanitanya juga turut dikaitkan dalam hal ini berikutan luahan TMJ seakan merujuk kepada masalah peribadi pemain tersebut sehingga membuatkan kemerosotan prestasi bermain bola sepak diatas padang.

Tak paksa pun Pawi kahwin

Syifa juga turut mengeluarkan kenyataan di Instagram dengan menafikan segala hal yang diperkatakan. Dia juga menafikan sekerasnya dakwaaan dia memaksa Safawi untuk mengahwininya dan sentiasa menyokong kerjaya teman lelakinya itu.

“I didnt open my mouth since benda ni tular.. and i taktau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yang menghentam.. let me spill the tea.

“I’ve been working my ass off cari duit sendiri tidur xcukup apatah lagi rehat xcukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri,tak pernah sekali mintak duit “Dia” utk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana.. .

“Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu.. .

“Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa xpernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan..

“Taktau pulak boleh jadi besar macam ni.. Terima Kasih kepada yg komen maki,hina atau puji.. Syifa doakan korang jgn melatah dengan apa yang korang baca,yg mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah swt💕”. Tulisnya.

Pawi mohon maaf

Namun begitu, Safawi dilihat enggan mengeruhkan lagi keadaan apabila memuat naik gambar serta pemohonan maaf terhadap prestasinya yang agak merundum. Dia juga berjanji akan terus berusaha menjadi lebih baik dan mengekalkan prestasinya.

Respon padu netizen

Terdahulu, kemelut yang melanda ini terjadi apabila pemilik kelab dari Selatan Tanah Air tersebut bersuara di ruangan IG story dengan meluahkan rasa kesal berpunca daripada prestasi menurun pemain paling bernilai itu. Ia juga didakwa ada hubung kait dengan teman wanitanya yang memaksanya untuk berkahwin.

Jadi, TMJ telah menegur dan memberi sedikit nasihat berkaitan hal tersebut kerana perkara itu boleh menjejaskan kariernya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Setuju!

Ni aku sokong

Mestilah TMJ hangin

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *