Syura Badron Tampil Menjelaskan kekeliruan Orang Ramai Isu 200k, Sekali Netizen Bagi Ayat ‘Padu’

Kuala Lumpur: Penyanyi Syura Badron tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai terhadap pemb4yaran RM200,000 seperti yang dituntut penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana susulan did4kwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitn4h.

Syura berkata, wang tunai RM200,000 yang diminta Siti Nordiana atau mesra disapa Nana itu, bukan bayaran saman yang perlu dilunaskannya.

“Nampaknya masih ramai yang tak faham. Pembayaran RM200,000 setiap seorang itu bukan saman sebab kami tak mohon maaf.

“Selain dari minta maaf, pembayaran RM200,000 itu salah satu tuntutan yang perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.

“Sekiranya kami tidak membuat permohonan maaf berserta bayaran RM200,000 barulah tindakan saman akan diteruskan. Harap faham ye semua,” katanya.

Terdahulu, Siti Nordiana meminta lima individu termasuk penyanyi Lan Solo, Syura, isteri kepada Lan iaitu Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam, Sam Samin serta jurusolek Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar RM200,000 setiap seorang dalam tempoh 24 jam.

N0tis tuntutan bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa terk3jut dan dukacita Nana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitn4h.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Kenyataan yang dilemparkan itu juga dikatakan memberi kes4n negatif kepada orang ramai dan penaja produk Nana hingga menjejaskan reputasinya.

Mereka did4kwa menyiar, mengeluar dan menerbitkan kenyataan-kenyataan secara umum yang berunsur fitn4h dan tidak benar terhadap Siti Nordiana.

Dalam pada itu, Nana dalam satu kenyataan memaklumkan dia terpaksa meneruskan tind4kan sam4n terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.

Nana berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini.

Bagi menjalankan tindakan undang-undang diambilnya, Siti Nordiana melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.

 Reaksi Dari Netizen setelah Syura Bagi Penjelasan

” X kisah laaa 200k tu saman ke bukan.. Yg penting kau kena bayar .. Acah² nak betolkan org..”

“Dlu mmg minat syura tp mkin tua dia mkin gedik,,lgsung x minat..nana ttp ok”

 

Sumber:hmetro via syurabadron

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *