Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Tahniah diucapkan kepada pihak KKM! Terbaru dimaklumkan kes Covid-19 menunjukkan perkembangan positif setelah pesakit yang pulih daripada wabak berkenaan, hari ini melebihi rekod jangkitan baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setakat ini sudah 168 pesakit dibenarkan pulang sekaligus mencatat jumlah kes yang pulih ialah 2,276 orang atau 47.3 peratus, manakala jangkitan baharu mencatat 134 kes.

Malaysia catat jumlah tertinggi sembuh Covid-19

Berdasarkan laporan statistik kes Covid-19 di Asia yang dikeluarkan WHO, menunjukkan Malaysia mencatat jumlah kes sembuh tertinggi berbanding negara-negara lain.

Kadar pesakit Covid-19 yg meninggal dunia di Malaysia pula adalah yg paling rendah iaitu 1.61% berbanding Korea (1.84%), Jepun (2.38%), Sweden (5.87%) dan kadar purata dunia 5.49%.

Kerja keras berhasil

Jumlah ini membuktikan kerajaan Malaysia dengan usaha para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah bertungkus lumus berjuang membanteras Covid-19 akhirnya membuahkan hasil.

Tahniah juga diucapkan buat semua rakyat Malaysia yang telah bersama-sama melawan Covid-19, semoga kita semua terus kuat untuk menghapuskan wabak ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pada perdana menteri, jemaah menteri dan warga KKM. Semoga negara Malaysia bebas dari wabak Covid-19. Amin

Tahniah buat semua yang terlibat

Terbaik Malaysia, Jepun pun masih tak ramai yang sembuh

Kalau tambah lagi 3 minggu Insyaallah hilang Covid-19

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM via HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *