Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

MALAYSIA: Berbanding Azmin Ali, bagi Dr Mahathir Mohamad, ‘luka’ lebih dalam dirasainya berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi presiden Bersatu selepas mereka diketepikan dari Umno beberapa tahun lalu.

Ditanya semasa berdepan dengan media di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur hari ini, Mahathir berkata, Azmin memang memiliki agenda tersendiri dan pada masa sama, Muhyiddin menyusun perancangan yang akhirnya berjaya.

“Dia (Azmin) mempunyai agenda sendiri. Saya rasa dikhianati, paling banyak oleh Muhyiddin.

Beliau (Muhyiddin) merancang ini untuk masa yang lama dan kini dia berjaya,” katanya.

Juga turut difahamkan kata kata daripada “Dr M: Agong tak jumpa saya, yang kalah tubuh k’jaan”

Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dapat perkenan Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menunjukkan jumlah ahli parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri.

Pada sidang media pagi ini, Mahathir memberitahu bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Justeru katanya, majlis angkat sumpah di Istana Negara jam 10.30 pagi ini menyaksikan seorang anggota parlimen yang tidak mempunyai sokongan majoriti dilantik bagi menubuhkan kerajaan.

“Yang kalah akan tubuhkan kerajaan, manakala yang menang jadi pembangkang.

Muhyiddin angkat sumpah sebagai PM

Muhyiddin Yassin dijadual mengangkat sumpah pada hari ini sebagai perdana menteri gabungan baru yang digelar sebagai Perikatan Nasional.

Istiadat pengurniaan suratcara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri itu akan diadakan di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi.

Sementara itu, Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan mendakwa mereka mempunyai sokongan 115 anggota Parlimen dan berharap Yang di-Pertuan Agong akan menyemak semula keputusan itu.

Bagaimanapun, dua anggota parlimen menafikan menyokong Mahathir, dengan kemungkinan lebih ramai yang akan berbuat demikian hari ini.

Video Langsung daripada Istana Negara:

[LIVE] #KualaLumpur Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #BHTV#NSTTV#METROTV

Posted by Harian Metro on Saturday, 29 February 2020

Tahniah Muhyidin Yassin! Semoga dapat menjaga negara tercinta dengan baik. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Malaysiakini / Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *