Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelakon senior Jasmin Hamid menegaskan supaya warga Malaysia terutama umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk terus kekal berada di rumah.

Menurut Jasmin, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menjaga keselamatan anak-anak daripada tercenderung dij4angkiti wabak C0vid-19.

“Para ibu bapa sekalian, lindungilah anak-anak kita dari dij4angkiti wabak Koron4virvs ini. Kalau keluar rumah tu, tak perlu bawa anak-anak bersama terutama musim perayaan ni.

“Kita dapat menjalani ibadah puasa pun dah cukup bersyukur. Tak m4ti kalau tak raya tapi kita dan keluarga kita terutamanya anak-anak dan warga emas boleh m4ti jika dij4angkiti hanya sebab nak beraya.

“Tak payah keluar rumah kalau tak perlu. Beraya bukan keperluan. Kita masih boleh sambut kemenangan berpuasa di rumah,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 berharap supaya semua orang mematuhi arahan kerajaan kerana negara belum pulih daripada C0vid-19.

“Kita masih belum menang lagi. Tapi kita boleh menang kalau kita tak degil. Jangan susahkan diri dan keluarga hanya sebab nak penuhi kehendak, bukan keperluan.

“Jangan sebab kedegilan dan sikap pentingkan diri, kita tak dapat sambut Ramadan lagi tahun 2021,” tulisnya lagi.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Jasminhamid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *