Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Saya tetap dengan pendirian, saya tak ingin bermadu dan keputusan saya muktamad.” Demikian kata Suhana Hamzah, 34, atau lebih dikenali dengan nama Hanna yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, malam ini.

Gambar Hanna berpakaian serba hitam dan berdiri di hadapan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu itu dimuat naik di IG jam 9.40 malam ini.

Kenyataan yang dimuat naik itu sekali gus mengundang persoalan mengenai status pernikahan Hanna dengan suaminya, Mahyudin Noral Azhar, 35, atau Baa.

Melalui status itu, Hanna turut memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya sambil dimulakan ayat dengan ucapan Alhamdulillah.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan daripada Hanna tidak berjaya apabila dia gagal dihubungi.

Media sosial pada 9 Januari kecoh apabila ibu kepada tiga anak itu mendakwa suaminya dirampas oleh usahawan kuih bakul berstatus halal di Kemaman yang terkenal dengan panggilan Yaya itu.

Menerusi akaun FB bernama Hanna Baa, wanita itu mendakwa Yaya yang dianggap seperti adiknya sendiri bercinta seterusnya berkahwin secara senyap dengan suaminya di Thailand pada 6 Januari baru-baru ini.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *