“Tak Sabar Mula Hidup Baru”- Fendy Bersyukur Annuar Menyerahkan Surat Tawaran..

Fendy bersyukur menerima PPR Taman Mulia, Bandar Tun Razak yang berdekatan dengan kemudahan awam dan fasiliti untuk 0KU.

KUALA LUMPUR: Selepas hampir tujuh tahun menanti, pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, tidak sabar memulakan hidup baharu bersama anak perempuannya di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Bandar Tun Razak, di sini.

Bersyukur ditawarkan rumah dilengkapi kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (0KU), Fendy teruja berpindah sebaik semua urusan termasuk pembayaran wang pendahuluan menduduki rumah, diselesaikan.

“Saya sangat bersyukur apabila menerima PPR Taman Mulia, Bandar Tun Razak yang berdekatan dengan kemudahan awam dan fasiliti untuk 0KU.

“Bagaimanapun, saya belum pasti bila akan berpindah. Saya perlu membayar wang pendahuluan atau deposit untuk mendapatkan kunci rumah.

Annuar menyerahkan surat tawaran mendiami PPR Taman Mulia, Bandar Tun Razak kepada Fendy di pejabatnya, semalam. Foto NSTP Asyraf Hamzah

“Mungkin dalam tempoh seminggu lagi, saya akan berpindah. Saya tidak boleh terkejar-kejar, apatah lagi, kita masih perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya kepada BH Online.

Petang semalam, Fendy dan anaknya, Nur Azalea Zafirah, 6, menerima surat tawaran kediaman PPR Taman Mulia, Bandar Tun Razak daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, di pejabatnya.

Fendy berkata, tiada perkataan dapat menggambarkan perasaannya apabila permohonan mendapatkan unit kediaman selesa diluluskan, apatah lagi surat tawaran diserahkan Annuar.

“Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kerana membantu meluluskan permohonan (mendapatkan rumah) selepas tujuh tahun. Ini adalah suatu tempoh yang cukup panjang.

“Saya berharap selepas ini, saya dapat memulakan kehidupan yang lebih baik bersama anak saya,” katanya.

Lebih menggembirakan Fendy yang juga bapa tunggal, dia mendapat kediaman di lokasi pilihan.

“Saya sangat bersyukur apabila menerima unit PPR Taman Mulia di Bandar Tun Razak yang berdekatan dengan kemudahan awam dan fasiliti untuk 0KU,” katanya.

Sebelum ini, Fendy meluahkan kegusaran kerana selepas hampir sebulan dikunjungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, dia belum mendapat perkhabaran mengenai permohonan mendapatkan rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau PPR.

Pendapatan Fendy terjejas teruk akib4t penularan C0VID-19 sehingga sukar membayar sewa rumah sebanyak RM1,300 sebulan selain perbelanjaan lain untuk anak perempuannya.

Pada 9 Julai lalu, tular video yang dimuat naik Fendy di Facebook (FB) yang merayu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memudahkan permohonannya mendapatkan rumah mampu milik DBKL

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *