Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu sidang media perutusan maklumat terkini berkenaan Perintah Kawalan Pergerakkan berhubung isu Covid-19.

Tambah 2 minggu lagi

Dalam perutusan tersebut beliau telah mengumumkan bahawa PKP akan dilanjutkan dalam tempoh dua mingg lagi iaitu 15 April hingga 28 April 2020;

Perkara tersebut adalah daripada nasihat daripada KKM dan WHO yang meminta agar negara-negara tidak menamatkan PKP dalam masa yang tergesa-gesa.

Dalam perutusan tersebut, PM turut memaklumkan bahawa melalui PKP yang dijalankan, ia sedikit sebanyak membantu barisan petugas KKM dalam mengekang penularan Covid-19.

Menurutnya lagi, jika semua pihak bekerjasama dalam memutuskan rantaian Covid-19, sudah tentu kita akan menang dalam melawan isu tersebut.

[LIVE] Perutusan Khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin #METROTV#BHTV#NSTTV

Dikirim oleh Harian Metro pada Jumat, 10 April 2020

Berita lanjut akan menyusul.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

alhamdulillah,semoga Kita rakyat malaysia akur Dan sllu berdoa agar keadaan kesihatan Kita terpelihara

Sambung pkp.. Minta pm kaji bantuan pada yg berkerja sendiri, kerja kampung, tiada potongan kwsp, tiada potongan sokso, pemandu lori yg tiada pendapatan tetap,kami bergaji hari,, ada yg dapat bantuan bpn, ada yg tidak dapat dan hanya mengharap bantuan bpn n bsh sahaja.

Ya Allah.. Kau berilah kesihatan kepada semua rakyat Malaysia baik yg terkena wabak ataupun tidak, supaya rakyat Malaysia boleh bebas ke mana2 tanpa ragu2 disebabkan wabak ini.

Alhamdulillah..pkp d lanjutkn..Smg Allah melindungi rakyat malaysia semua terutama ptugas2 d barisan hadapan..lovu u pm Smg Allah beri kesihatan yg baik utk pm kita abah din

Ya ALLAH.kurniakan taufiq dn hidayah kpd PM kami dn barisan2 kabinetnya dn pelihara lah kerajaan ini dri niat jahat ‘org luar’ dn segala pkatan2 jahat.aamiin

Tolong abah pm..tolong hantar warga asing ke negara mereka..mereka kurang ajar..baling air kencing ke tentera..high risk untuk tentera..xkn tentera kita kena covid jasa warga asing ini..xberbaloi

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *