Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Satu petisyen membantah keputusan kerajaan melonggarkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwujudkan oleh individu yang menamakan dirinya sebagai Rakyat Malaysia Prihatin sejak dua hari lalu.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 433,000 menandatangani petisyen itu di Change.org yang mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibatalkan.

Menerusi mukadimah, petisyen tersebut meminta kerajaan tidak mengikut kesilapan beberapa negara lain yang memberi kelonggaran.

“Kami tidak mahu barisan hadapan bertambah penat. Kami tidak mahu kerajaan tunduk kepada kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesihatan sosial dan kesejahteraan pekerja,” katanya.

Salah seorang penandatangan petisyen, Mohd Faiz Mohamed berkata beliau bimbang sekiranya rantaian Covid-19 tidak dapat diputuskan kerana segelintir rakyat masih belum mengamalkan penjarakan sosial.

Buka beransur2, bukan secara mendadak

Korang pandai pandailah jaga diri

Susah nak puaskan hati semua orang

Apa kerajaan buat ni untuk menstabilkan ekonomi

Itu tak kena , ini tak kena

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebahagian aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei namun berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik  baik. Terima kasih

Sumber: OMM via change.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *