Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Gambar seorang lelaki yang didakwa merupakan jemaah tabligh di Sri Petaling yang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 semalam tular di laman Facebook.

Menerusi page Majlis Ilmu, sebuah paparan skrin berserta sekeping gambar dipercayai milik arwah dimuat naik bagi menitipkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Salam takziah kepada keluarga mangsa

Tinjauan melalui Facebook bernama Ahlia Yusuf Dila yang dipercayai isteri mangsa mendapati beberapa kenalan wanita itu turut mengucapkan takziah atas pemergiaan suaminya.

Salam takziah kak

Facebook yang dipercayai milik arwah juga menggunakan gambar profil berkaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang bertarikh 28 Februari hingga 2 Mac lalu.

Menerusi laporan Astro Awani, jenazah lelaki berusia 34 tahun itu selamat dikebumikan kira-kira pukul 9 malam tadi di sebuah tanah perkuburan Islam di Johor Bahru.

Kira-kira 10 lelaki dipercayai kakitangan hospital yang lengkap memakai peralatan perlindungan peribadi ketika urusan jenazah dilakukan.

Malah orang ramai termasuk pihak media tidak dibenarkan menghampiri kawasan tersebut sehingga selesai proses pengebumian.

Isteri dan anak mangsa tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan pengebumian itu kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai.

Mangsa merupakan kes ke-178 di Malaysia daripada kluster jangkitan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Allahyarham dilaporkan mengalami gejala demam mulai 5 Mac lalu, sebelum mendapat rawatan di Hospital Permai pada 12 Mac selepas dikesan positif Covid-19.

Proses pengebumian dirakam orang awam

Kebumikan mangsa Covid-19 di jb

Posted by Taufiq Janudin on Tuesday, 17 March 2020

Salam takziah buat keluarga

Allahu ..kesiannyaa

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM & FB Taufiq

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *