Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelakon Tasha Shilla, selamat bergelar isteri kepada ahli kewangan, Muhammad Atiq Idris 33, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat 28 Februari di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi kira-kira jam 9.59 pagi.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah  dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni.

Nikah pagi Jumaat

Tempoh perkenalan selama 2 bulan itu juga telah mendapat sokongan baik dari kedua belah pihak keluarga.

Memilih tarikh 28 Februari 2020, Tasha dan Atiq selamat diijab kabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM800  dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Atiq dinikahkan sendiri oleh bapa pelakon tersebut.

Tasha telah memilih untuk tinggal bersama Atiq di Singapura apabila selesai dengan majlis persandingan di sebelah lelaki kelak.

Cantik berhijab serba putih

Memilih melangsungkan pernikahan di Dewan Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Tasha dan pasangan kelihatan serba putih dengan hasil rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat pada akad nikah di sebelah pagi manakala pada sebelah resepsi pasangan ini memilih untuk mengenakan busana tradisional melayu klasik rekaan Zaimi Zulkafli.

Majlis resepsi pertama pihak perempuan akan diadakan di sebelah petang pada hari yang sama manakala resepsi kedua pihak lelaki akan diadakan pada minggu hadapan.

Suasana pernikahan yang berjalan lancar ini tenang dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing.

“Meski perkenalan kami boleh dikatakan singkat, tetapi saya bersyukur kerana sudah sampai jodohnya, terbuka hati.

“Rasa tenang dan bila bertemu dengan Atiq, saya dapat rasakan hadirnya cinta sejati apabila bertemu dengannya.

“Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan majlis berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.

“Semoga segalanya akan dipermudahkan selepas ini, insyaAllah,” katanya.

Tunang minggu lepas

Sebelum ini, Tasha dan Atiq telah selamat bertunang pada 23 Februari lepas di sebuah lokasi di Empire Damansara secara tertutup dengan kehadiran saudara mara terdekat sahaja.

Semoga ikatan yang terbina sebentar tadi terus berkekalan sehingga ke anak cucu. Selamat pengantin baru buat mempelai dan tahniah diucapkan.

Malu malu dengan suami

 

Halahhhh comel jee tasha shilla malu-malu dengan suami dia.. Tahniah  baru sahaja selamat bergelar isteri. Semoga perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM, MH & Gempak

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *