Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelakon cantik, Tasha Shilla dan pasangannya Muhammad Atiq Idris baru sahaja melangsungkan pernikahan dan juga persandingannya semalam.

Majlis tersebut dibuat secara ringkas di Masjid Wilayah Persekutuan pagi semalam. Tasha terlihat sangat ayu dan sopan apabila mengenakan hijab ketika pernikahannya itu.

Bersongket dimalam persandingan

Tasha juga nampak manis berbusana songket pada malam hari semasa majlis persandingan kedua mempelai ini. Apa yang mencuri perhatian adalah penampilan Tasha yang dilihat sangat sopan dan tidak terlalu terdedah sejak hari pertunangannya lagi.

Jika dahulu, kita sedia maklum bahawa Tasha antara selebriti yang berani berfesyen dan terlihat cantik dalam apa busana yang digayakan.

Saling memperbaiki diri

Memetik daripada Mstar Online, suami Tasha, Atiq mengakui bahawa mereka sedang memperbaiki diri masing-masing. Mereka juga akan mengikuti kelas agama bagi menambahkan pengetahuan berkaitan Islam dengan lebih mendalam bersama-sama.

“Selepas ini kita akan buat lebih banyak benda bersama, memperbaiki diri dan ikuti kelas agama dalam membina hubungan keluarga ini.”
Biarlah berhijab kerana kesedaran sendiri

Walau bagaimanapun, dia tidak mahu memaksa isterinya untuk terus berhijab. Menurut pakar kewangan itu, biarlah Tasha memakai tudung atas kesedarannya sendiri.

“Lagi pula benda berkaitan agama tak boleh paksaan. Saya tahu dia seorang artis, jadi saya dah bersedia sejak awal.”

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada minggu lepas dan selepas lima hari, mereka terus bernikah dengan berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri.

Perkenalan mereka yang singkat ini disifatkan sebagai cinta pandang pertama apabila Atiq mengambil keputusan untuk melamar Tasha menjadi suri hatinya.

Lelaki yang baik adalah terima diri kita seadanya

Tahniah, bimbing ke arah kebaikan

Bagus laki dia

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *